Seorang wanita terkejut ketika bangun dari tidur selepas melihat cermin mata miliknya tertusuk pada kepala anaknya.
Menerusi perkongsian ibu ini di Facebooknya, dia berkata cermin mata tersebut biasanya diletakkan di tepi bantal namun entah macam mana boleh anaknya boleh terjatuh di atasnya lalu tertusuk pada kepalanya.
Biasa tidur letak spek mata tepi bantal.. macam manalah Fateh jatuh katil sedar-sedar spek dah duduk dekat kepala.
Cuba cabut tapi gagal
Difahamkan ibu ini juga ada cuba mencabut cermin mata tersebut tetapi gagal lalu dia membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Paka sebelum dikejarkan ke HSNZ, Kuala Terengganu.
Besi dia pendek jer tapi tembus tengkorak. Nak tak nak kena buat pembedahan juga sebab bimbang ada kecederaan bawah tengkorak.
Terpaksa jalani pembedahan
Siapa sangka perkara di anggap kecil ini tetapi mengundnag bahaya. Ibu mana yang tidak risau dengan keadaan anaknya lalu meminta netizen agar mendoakan kesejahteraan anaknya itu.
Walau bagaimanapun, ibu ini turut sempat memberikan nasihat kepada para ibu bapa agar sentiasa mementingkan aspek keselamatan di dalam rumah masing-masing.
Biasa kita simpan spek sebab tank nak bagi terduduk, terpijak atau jadi mainan anak-anak dan menyebabkan spek rosak.
Tak sangka dan tak telintas untuk simpan spek takut membahayakan diri.
Lepas ni pemilihan spek mata pun kena hati-hati selain simpan di tempat selamat. Nampak benda tu biasa jer tak terlintas boleh mendatangkan bahaya.