fbpx

Bekas vokalis kumpulan Jinbara iaitu Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.17 malam tadi di Hospital Shah Alam akibat barah hati.

Meninggal Dunia

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Berita Harian, khabar duka tersebut telah disahkan oleh isterinya Allahyarham iaitu Suzan Ahmad menerusi aplikasi Whatsapp.

“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati. Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” jelasnya.

Menghidap Kanser Hati

Terdahulu, arwah Tia disahkan menghidap penyakit kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu. Difahamkan memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.

Isterinya yang juga merupakan bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasratnya tidak kesampaian. Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]