Tinggal berapa hari je lagi nak masuk Ramadan, pasti ramai yang plan nak ‘cuba-cuba’ merentas negeri nak balik ke kampung kan? Haaa jangan nak cuba-cuba ya sebab pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tegas dah memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri  dengan tujuan tersebut.


Akan dikenakan tindakan undang-undang

Menerusi Harian Metro, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya akan memastikan pemeriksaan ketat dilakukan di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Hal ini kerana beliau percaya pasti akan ada peningkatan kes cubaan merentas negeri memandangkan bulan Ramadan dijangka bermula pada 13 April 2021.

Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.

Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Sama2 patuhi SOP supaya boleh balik raya

Menurut beliau lagi, kali ini tiada kompromi kepada pihak yang sengaja  menyalahgunakan kebenaran diberikan hanya kerana mahu menyambut Ramadan di kampung.


Adakah kita akan terus kekal sebegini selamanya kerana masih terdapat sikap tidak mengambil berat akan SOP.

Jadi sama-sama patuh SOP supaya kita dapat balik raya

[fbcomments]