Pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Jofliam, tampil dengan inisiatif unik bagi meraikan perkahwinannya bersama pasangan baharu, Emira Delyati Dewi, apabila memaklumkan akan mengagihkan pizza wagyu secara percuma kepada orang ramai.

Jofliam Umum Agihan Pizza Wagyu Percuma Sempena Raikan Perkahwinan

Menerusi pengumuman di Instagram miliknya, Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi, 37, memaklumkan bahawa pemberian makanan percuma itu akan berlangsung minggu hadapan sebagai ganti kepada majlis resepsi.

Menurut beliau, acara tersebut dijangka diadakan pada hari Rabu dan terbuka kepada sesiapa yang berminat, namun beliau turut memberi bayangan bahawa kehadiran orang ramai mungkin ramai dan perlu ‘bersaing’ bagi mendapatkan juadah istimewa itu.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat pada Sabtu lalu.

Perkahwinan ini juga menjadi perhatian ramai selepas tular pelbagai spekulasi mengenainya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk perkongsian gambar kad jemputan serta sesi persiapan perkahwinan.

Untuk rekod, Jofliam merupakan bekas suami kepada personaliti media sosial, Murni Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Epal, dan mereka sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum berpisah pada tahun lalu.

Kredit: Instagram jofliam

 

 

[fbcomments]