Desas-desus yang mengatakan terdapat unsur mistik dalam kes melibatkan kanak-kanak yang memandu kereta untuk ke kedai mainan adalah tidak benar. Hal ini kerana, kanak-kanak itu difahamkan tahu cara memandu kenderaan dan mampu menunjukkannya kepada pihak polis ketika siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari dan pihaknya, menolak dakwaan unsur mistik yang mendorong kanak-kanak itu memandu atau membantu dia memandu.

Kanak-kanak itu juga tahu fungsi pedal minyak dan gear automatik dan memiliki keyakinan untuk menunjukkan cara menurunkan brek tangan.

Apabila pemeriksaan dibuat terhadap dashcam, menunjukkan pemanduannya tidak stabil iaitu masuk ke lorong bertentangan dan ada masanya ke kiri dan kanan.

Kanak-kanak itu juga dapat menunjukkan cara menghidupkan enjin dan berjaya menghidupkannya apabila diminta pegawai penyiasat.

“Justeru, kita menolak sebarang unsur mistik dalam kes kemalangan ini seperti mana yang didakwa dan ditularkan oleh pihak tertentu menerusi pelbagai medium media sosial.”

Kanak-kanak itu juga tahu fungsi gear D dan R dan mampu menunjukkan cara dia memandu pada malam kejadian. Malah dia juga mengaku telah berjaya mengundur kereta terlebih dahulu sebelum memandu keluar rumah pada malam tersebut.

Jarak rumah dan kedai yang ingin dituju oleh dua beradik itu ialah lima kilometer namun mereka kemalangan di pertengahan jalan.

[fbcomments]