fbpx

Seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati di sebuah bilik sewa, dipercayai berlaku di Kampung Baru Ampang pada pagi Khamis, semalam.

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Astro Awani, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada jam 7.31 pagi oleh seorang lelaki tempatan.

Tiga Beranak Mati Dalam Bilik Tidur

Menurut sumber, mayat wanita yang berusia 42 tahun ditemui maut bersama anak lelakinya, 14, dan anak perempuan, 15 di dalam bilik pertama dengan pintu dan tingkap tertutup rapat menggunakan pita pelekat. Pihak polis memaklumkan bahawa kesemua mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap.

Mereka turut menemui arang bersama penyala api yang diletakkan di bawah sofa bilik beserta surat wasiat dan wang bercampur.

Dipercayai Kes Bunuh Diri

“Pasukan patologi forensik hospital turut hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan polis percaya ini adalah kes bunuh diri”, jelas pihak polis. Difahamkan lagi, ketiga-tiga mangsa disyaki mati dalam tempoh melebihi 24 jam dan siasatan awal mendapati mereka disyaki mati akibat terhidu bau gas penghidup api.

“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada”, ujar Hussein.

Kredit: Astro Awani

[fbcomments]