Konvoi tiga sahabat bertukar menjadi tragedi apabila motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dirempuh oleh sebuah kereta jenis Peugeot di jalan besar Felda Jengka 17, Maran, pada petang Sabtu. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam kira-kira 6.15 petang selepas tiga sahabat ini pulang dari menikmati makan ikan patin Temerloh.

Maut Selepas Pulang Dari Makan Ikan Patin Temerloh

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Sinar Harian, mangsa iaitu Fadhil Syah Sulaiman, 19, Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, dan Mohd Ridhwan Mahayadin, 35 meninggal dunia di tempat kejadian selepas menikmati ikan patin Temerloh di Pahang.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman memaklumkan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Temerloh, manakala ketiga-tiga penunggang motosikal pula bergerak dari arah Temerloh menghala ke Bandar Pusat Jengka.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan ketiga-tuga penunggang motosikal tersebut”, katanya.

Gagal Kawal Kenderaan Punca Kemalangan Berlaku

“Akibat pertembungan itu, kesemua penunggang meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hosital Jengka untuk tujuan bedah siasat”, jelasnya lagi dalam kenyataan Ahad, semalam. Beliau turut menambah pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut hasil siasatan awal, ia mendapati bahawa kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan”, ujarnya.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]