Baru-baru ini tular di media sosial video anggota polis didakwa merotan individu yang degil tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan di Kunak, Kota Kinabalu
Polis tersebut dikenakan tindakan
Walau bagaimanapun, difahamkan pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pegawainya yang dilihat merotan enam remaja lelaki tersebut.
Hal tersebut menghadirkan pelbagai pendapat dan ada mengatakan tindakan tersebut tidak bersesuaian dan ada pula yang menyokong perbuatan tersebut sebagai satu pengajaran kepada individu yang degil terhadap arahan kerajaan
“Polis bukan rotan kuat pun”
Namun begitu, Bekas Ketua Polis Negara iaitu, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan perkara merotan itu adalah wajar kerana dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) untuk membendung Covid-19 dari menular.
“Kerajaan sudah beri amaran akan mengambil tindakan tegas. Rakyat perlu akur dengan sebarang keputusan diambil pihak berkuasa.
“Tindakan sebat juga boleh dikenakan terhadap individu terutama remaja yang masih degil. Polis bukan rotan kuat pun, bukan macam rotan dalam penjara.”
“Lebih baik kita beri peringatan.”
Dalam pada itu juga, beliau turut menyatakan bahawa tindakan tersebut wajar dilakukan sebagai salah satu pengajaran kepada semua. Hal ini bagi mengelakkan lebih ramai individu ingkar dengan situasi sekarang.
“Lebih baik kita memberi peringatan tegas daripada tangkap mereka. Kalau boleh kita mahu elakkan remaja ini menyusahkan ibu bapa mereka.”
“Nanti penjaga pula perlu pergi balai polis seterusnya naik turun mahkamah untuk menyelesaikan permasalahan timbul.”