Terdahulu, heboh diperkatakan mengenai kisah seorang kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta kerana bapanya terlupa mahu mengambil anaknya.
Namun, ia bukanlah kes pertama yang berlaku di Malaysia. Malah kes seumpama ini dah banyak kali terjadi.

Lagi kes bayi ditinggalkan dalam kereta
Terbaru, seorang pekerja pasaraya Tesco di Pulau Pinang, telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan,tanpa ditemani oleh sesiapa.
Ketika kejadian, pekerja tersebut telah meminta pertolongan orang awam awam untuk membantunya mengeluarkan bayi tersebut daripada kenderaan.
Mujurlah, tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tersebut boleh buka pintu kereta dan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.
15 minit selepas diselamatkan, ibu bayi muncul
Ibu bayi tersebut muncul kira-kira 15minit selepas diselamatkan.
Ibu bayi itu menyatakan dia takut pihak Tesco tidak membenarkan dia membawa bayinya masuk (faktor covid-19) kerana masih kecil. Kerana itu dia meninggalkan sekejap didalam kereta.
Walau bagaimanapun, Duty Manager Tesco menjelaskan, pihak Tesco tidak pernah pun menghalang untuk kanak-kanak atau warga tua dari memasuki pasaraya mereka.
Ibu bapa jangan ambil mudah!
Semoga ibu bapa dan juga pengasuh ambillah iktibar daripada insiden yang telah berlaku sebelum ini, janganlah sesekali membiarkan anak kecil berseorang di dalam kereta, kerana bahaya datang tanpa diduga.
