Johor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang menawarkan gaji premium antara RM4,000 hingga RM5,000 untuk pekerja berkemahiran tinggi.
Johor Negeri Pertama Tawar Gaji Premium
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor, bertitah bahawa inisiatif ini akan dilaksanakan melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu, sebagai usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Johor.
Baginda turut mengumumkan kerjasama antara Johor Plantations Group Berhad (JPG) dan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd, untuk membina sebuah kilang penapisan minyak sawit dan lemak khusus di negeri ini.
Projek bernilai RM500 juta ini dijangka akan merangsang pertumbuhan industri tempatan dan membuka peluang pekerjaan baharu.
Dalam usaha menarik pelabur asing, kerajaan Johor juga telah bertemu dengan 83 syarikat terkemuka dari Korea Selatan untuk mempromosikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Usaha ini diharapkan dapat membawa pelaburan bernilai kira-kira AS$190 juta, sekaligus memperkukuhkan ekonomi negeri.
Menurut baginda, projek-projek ini dijangka akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Johor dalam beberapa tahun akan datang.
Dalam masa terdekat, Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan juga akan dinaik taraf dan dibuka kepada orang ramai sebagai langkah untuk menambah daya tarikan pelancongan di Johor Bahru.
Kredit: X HRHJohorII