fbpx

Semenjak kemelut rumah tangga yang berlaku, pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sering mendapat perhatian netizen.

Terbaharu, Shuhada ada memuat naik foto dirinya di Instagram. Gambar tersebut menunjukkan Shuhada berbaju serba putih disertakan kapsyen berbunyi,
“Bidadari syurga awak!”

Hantaran itu juga dilengkapi lagu berjudul Doaku Untukmu Sayang nyanyial Wali Band sebagai bunyi latar.

Balasan Shuhada Tarik Perhatian

Apa yang menarik perhatian ialah balasan Shuhada di komen. Shuhada telah membalas sebuah komen dengan gurauan meminta mencarikannya jodoh.

Carikan dai (pendakwah) yang utamakan Allah untuk kita, hehe.

Sekadar info, Nurul Shuhada telah memfailkan cerai terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu angkara orang ketiga. Bagaimanapun, Shuhada mendedahkan dirinya hamil dan usia kandungan sudah memasuki 10 bulan.

Sumber: Instagram

[fbcomments]