Menjelang majlis akikah dan kesyukuran anak sulungnya yang bakal berlangsung 7 Jun ini di Kota Bharu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali tampil menitipkan satu pesanan penting buat para tetamu, iaitu elakkan daripada menyentuh atau mencium bayinya.

Nabila Razali Tegur Awal-Awal: “Tolong Jangan Sentuh atau Cium Anak Saya”

Menurut Nabila, langkah itu diambil demi menjaga kesihatan dan keselesaan si kecil, lebih-lebih lagi apabila ramai tetamu dijangka hadir ke majlis tersebut.

“Kalau boleh kita jaga SOP, tolong jangan cium anak saya atau buat perkara yang tidak sepatutnya.

“Saya harap tetamu yang hadir faham dan hormati permintaan saya. Saya hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik.,” katanya.

Nabila yang kini bergelar ibu sejak beberapa bulan lalu turut menzahirkan keterujaan menjelang majlis yang akan diadakan di Franky Corner, Kelantan itu. Beliau menyatakan bahawa segala persiapan telah dirancang rapi, termasuk alternatif sekiranya jumlah kehadiran melebihi jangkaan.

Katanya lagi, majlis berkenaan bukan sahaja menjadi tanda kesyukuran atas kelahiran cahaya mata pertamanya, malah menjadi peluang pertama untuk beliau berkongsi wajah serta nama penuh anaknya secara rasmi kepada khalayak.

“Ini pertama kali saya akan menunjukkan baby M kepada orang ramai. Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat majlis akikah, cuma nanti orang lain yang akan kongsi gambar dia.

“Jadi saya rasa sebaiknya saya yang kongsi sendiri kepada siapa yang menantikan nak tengok gambar dan nak tahu nama penuh dia.,” ujarnya ketika ditemui pada satu program pendidikan baru-baru ini.

Sekadar info, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, melangsungkan perkahwinan pada Disember 2023 dan kini sedang melalui fasa baharu sebagai ibu bapa buat pertama kali.

Kredit: OhBulan!

 

 

[fbcomments]