Seorang lelaki warga Kemboja dihadapkan ke mahkamah selepas bertindak kasar terhadap pramugari ketika dalam penerbangan serta seorang pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

@puteri.ellysha

Flight Batik Air Malaysia dari Hong Kong – Kuala Lumpur OD606, dia mengeluarkan kata-kata kesat terhada seorang pramugari dengan niat untuk menimbulkan kemarahan dan mengganggu ketenteraman semasa penerbangan.

♬ original sound – Puteri Ellysha – Puteri Ellysha

Kasari Pekerja & Pramugari, Lelaki Warga Kemboja Mengaku Bersalah

Tertuduh, Lin Weida, 41, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 28 September lalu, membabitkan penerbangan dari Hong Kong ke KLIA Terminal 1.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Lin didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pramugari kira-kira jam 5.20 petang. Kesalahan itu dibuat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan.

Selain itu, dia turut berdepan pertuduhan kedua selepas didakwa menggunakan kekerasan terhadap pegawai keselamatan Batik Air, Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid, di bangunan satelit KLIA sekitar jam 7.50 malam hari sama. Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan prosiding jatuh hukum akan dijalankan esok di Mahkamah Majistret kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasanya.

Kredit: Utusan Malaysia, TikTok puteri.ellysha

 

[fbcomments]