Sejak kebelakangan ini, nama Inspektor Shiela sering dijadikan tajuk utama di mana-mana tempat sekalipun sekaligus beliau mendapat gelaran pegawai polis berkontroversi. Beliau yang sebelum ini dikenakan tiga tuduhan keatas melibatkan mencemuh orang bawahan, dan menghina orang awam telah menaikkan marah orang sekeliling atas sikapnya itu.

Namun baru-baru ini, inspektor terbabit dilihat dalam satu video TikTok yang dimuat naik oleh @LUBUKLIZA, beliau bagaikan menjadi pempengaruh kepada produk kosmetik.

Jadi Pempengaruh Produk Baru?

Menerusi video yang dimuatnaik itu, Inspektor Shiela kelihatan sangat mesra bersama orang sekeliling disebalik isu yang terpalit olehnya. Beliau yang kelihatan seolah-olah sebagai seorang pempengaruh mengenakan gincu dan produk kosmetik yang lain telah menaikkan rasa ingin tahu orang awam tentang keberadaan baharunya.

Perangai beliau yang ‘gila-gila’ itu membuatkan ramai orang terbuka hati untuk Inspektor Shiela.

Tolong Promosikan Produk

“Cuba dulu, tak cuba tak tahu. Tak kenal maka tak cinta, faham?”, kata-kata yang dikeluarkan oleh inspektor kontroversi itu yang cuba mempromosikan produk dan menarik ramai orang untuk join jadi ahli farmasi.

“Dapat diskaun 50 peratus.. siapa nak bagi? siapa nak bagi? Tak ada orang, FARMASI saja yang bagi”, ujarnya dalam video tersebut.

Netizen Terkejut Lihat Sisi Mesra Shiela

Meninjau di ruangan komen tersebut, ia tidak disangka apabila ramai yang memuji sikap mesranya bersama orang sekeliling. Bahkan, ada juga yang mahu berkawan bersama Inspektor Shiela kerana dikatakan geng satu kepala.

Kredit: TikTok LUBUKLIZA

[fbcomments]