Pelakon sensasi Ruhainies meluahkan rasa kecewa dan terkilan selepas terdapat segelintir individu yang menyebarkan fitnah mengaitkan dirinya bersama bekas suami Bella Astillah, Aliff Aziz dengan mengatakan bahawa mereka bakal bertunang tidak lama lagi.
Ruhainies Nafi Bakal Bertunang
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ruhainies di laman Instagram Story nya, beliau menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berhubung fitnah yang disebarkan menggunakan namanya demi publisiti perniagaan.
“To this page, i will make sure you will pay for it. Pengajaran untuk company-company lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ni mereka reka cerita demi naikkan followers dan viewers. Saya dah lama sangat berdiam.
“Kepada IG USERS yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media social. Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka mereka ini. Dunia ni dah terlalu TENAT. @kaddigital.murah,” tulisnya.
Ruhainies juga tidak menyangka bahawa namanya sekali lagi akan terpalit bersama Aliff Aziz dan dijadikan bahan untuk mengaut keuntungan orang lain.
“Dan saya tidak akan halalkan awak berbisness dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan. Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam-macam tentang saya. Terlalu banyak juga media dan bloggers yang tidak bertanggungjaab membuat artikel tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.
“Ingin saya tegaskan disini, segala apa artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di Petaling Jaya. Akibat daripada insiden itu, rumah tangga Aliff Aziz bersama Bella Astillah retak sekali lagi dan berakhir dengan penceraian buat kali kedua pada 13 Jun lalu.
Kredit: Instagram ruhainies7