Sebuah video yang memaparkan seorang penjual teh di Indonesia menjadi bahan jenaka oleh seorang pendakwah terkenal telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial baru-baru ini.
Insiden tersebut, yang turut mendapat perhatian masyarakat di Malaysia, mengundang pelbagai reaksi termasuk rasa simpati mendalam terhadap nasib lelaki berkenaan.
@clozhiw seorang penjual es teh dipermalukan oleh gus miftah di depan banyak orang, btw serius deh itu yang ketawa” tuh emang ada yg lucu kah? pdhl sakitt banget liat bapaknya digituin🥺 #gusmiftah #beritaterkini #beritaviral #foryoupage #fyp #fypシ゚viral #fypage #xyzabc #4u
Penjual Teh Ais Dihina Pendakwah, Ramai Luah Rasa Simpati
Dalam rakaman tersebut, pendakwah yang bernama Gus Miftah Maulana Habiburrahman, pada awalnya bertanya kepada penjual teh tersebut sama ada jualannya telah habis atau belum. Namun, suasana bertukar apabila pendakwah itu meninggikan suara dan memberi komen yang dianggap menghina.
“Air teh kamu masih banyak? Ya, pergi jual di sana goblok. Kalau belum habis, itu adalah takdir,” katanya sambil disambut dengan ketawa penonton.
Penjual teh itu, dikenali sebagai Sunhaji atau lebih mesra dipanggil Mas Sun, hanya mampu berdiri kaku sambil memegang botol teh jualannya di bawah pentas. Senyuman pahit yang terukir di wajahnya memperlihatkan keletihan dan rasa malu yang mendalam.
![]()
Tindakan tersebut mencetuskan empati dari masyarakat Indonesia dan Malaysia yang menganggap perlakuan itu tidak wajar, terutamanya kerana ia datang daripada seorang individu yang seharusnya menunjukkan teladan baik.
Kisah menyayat hati ini juga telah sampai ke telinga seorang aktivis sosial dari Sabah, Malaysia iaitu Adrian Edy, yang berusaha menghubungi keluarga Mas Sun untuk menyampaikan sokongan. Dalam perkongsiannya di media sosial, Adrian menceritakan bahawa dia berjaya mendapatkan nombor telefon adik kepada Mas Sun dan berbual dengannya selama kira-kira 10 minit.
![]()
Menurut Adrian, Mas Sun merupakan seorang lelaki yang peramah meskipun sedang melalui ujian berat. Lelaki berusia 38 tahun ini tinggal di Magelang, Jawa Tengah, bersama isteri dan dua anaknya yang masih bersekolah. Adrian turut berkongsi bahawa Mas Sun baru sahaja kehilangan motosikal yang digunakan untuk menjual teh, selain menghadapi kesukaran melangsaikan yuran sekolah anak-anaknya.
“Sebotol teh dijual pada harga 5 ribu rupiah, lebih kurang RM1.39. Kadang-kadang, jualannya tidak habis dalam sehari. Pada hari kejadian, belum ada satu botol pun yang terjual,” kata Adrian. Meski diuji dengan pelbagai cabaran, Mas Sun memilih untuk bersangka baik dan memaafkan pihak yang telah memperlekehkannya.
![]()
Walaupun hati Mas Sun pada mulanya terluka, dia meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diterimanya selepas video itu tular. Ramai individu berhati mulia datang untuk membantu, termasuk yang menyumbang kepada kebajikannya. Mas Sun juga berkongsi impiannya untuk membuka sebuah warung di hadapan rumahnya bagi memulakan perniagaan baharu.
Sebagai tanda penghormatan atas kesabaran dan keikhlasan hati Mas Sun, beliau dijadualkan untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun depan.
Kredit: FB Adrian Edy