Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang seorang lelaki disuruh memakai tudung dan jubah bagi menutup kepala ketika memasuki Masjid Negara oleh seorang pengawal keselamatan wanita.
Lelaki tersebut bagaimanapun memberitahu bahawa beliau adalah seorang lelaki yang berambut panjang, namun pengawal wanita terbabit masih memarahinya untuk memakai pakaian yang disediakan masjid.
@mooi1999taylorsversion Penat la jadi lelaki Lawaaa 🥹🩵 auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???🧕🏼
Masjid Negara Mohon Maaf
Terbaharu, Masjid Negara telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada lelaki berkenaan susulan video yang dikongsikan tular di seluruh platform media sosial hingga mencecah jutaan views.
Masjid Negara memaklumkan bahawa pihak mereka memandang serius tentang perkara ini dan pengawal keselamatan tersebut sudah pun diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas.
“Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan.
“Para pengunjung boleh mengemukakan aduan terhadap mana-mana tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas yang telah disediakan bersama-sama butiran pengawal keselamatan di meja pos masing-masing atau klik pautan yang diberikan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
“Pengawal Keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan,” jelasnya.
Pihak mereka turut menambah perkara sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang bagi menjaga reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara.
Kredit: Kosmo!