fbpx

Pada minggu lalu, sebuah kedai makan popular di Kuala Lumpur telah meraih perhatian netizen atas sebab terdapat seorang pekerja mereka yang memakai rantai salib dan sekaligus ia telah menimbulkan rasa gusar terhadap orang ramai. Susulan kejadian itu, pihak pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang tampil memberi respon dan mengakui kesilapan mereka kerana terlepas pandang.

Pekerja Tersebut Telah Diberhentikan

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Harian Metro, difahamkan pengurus cawangan restoran tersebut yang dikenali sebagai Sofia telah memberikan pengesahan bahawa pekerja tersebut adalah salah seorang daripada kakitangannya. Bagaimanapun beliau menyatakan bahawa lelaki tersebut tidak bekerja di situ lagi selepas diberhentikan.

“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video itu tular dengan begitu cepat”, jelasnya.

Sofia turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan berjanji untuk lebih peka dan tidak terlepas pandang dengan sebarang perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam lagi.

Semua Pekerjanya Adalah Cina Muslim

Mengulas lanjut, buat masa ini restoran tersebut masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang merupakan kesemua kakitangannya adalah Cina Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal)”, katanya lagi.

Sofia berkata restorannya menerima sambutan yang memberangsangkan dan tidak menyangka ianya tular sehingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari biarpun baru 2 bulan dibuka.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]