Satu rakaman video memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dikepung sekumpulan penunggang motosikal di kawasan berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong, awal pagi Ahad lalu mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas tular di media sosial.

@cerita_apa01

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden melibatkan kira-kira 20 penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Myvi di Batu 13, berhampiran Plaza Tol Puchong, di sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pengadu berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan membuat aduan kira-kira pukul 4 pagi. Punca kejadian masih dalam siasatan dan kami sedang mengenal pasti serta mengesan semua penunggang motosikal yang terlibat.Ketika ini, pihak polis masih meneliti apa sebenarnya punca kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sekumpulan penunggang motosikal namun motif sebenar belum dapat dipastikan. Katanya, usaha mengesan semua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tular rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan kereta dipandu pengadu dikelilingi sekumpulan penunggang motosikal berhampiran Plaza Tol Batu 13. Dalam rakaman itu, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan kenderaan terbabit. #motor #kejar #myvi #puchong #selangor

♬ Silent Hill – Various Artists

Kereta Myvi Dikepung 20 Penunggang Motosikal, Polis Kesan Suspek

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pemandu kereta berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

“Berdasarkan semakan awal, dianggarkan sekitar 20 individu yang menunggang motosikal terbabit dalam insiden berkenaan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta punca sebenar kejadian,” jelasnya dalam kenyataan.

Rakaman berdurasi 29 saat itu menunjukkan kenderaan mangsa dikelilingi motosikal di bahagian depan, sisi kanan dan kiri, seolah-olah cuba menghalang laluan kereta terbabit. Keadaan bertambah tegang apabila salah seorang penunggang dilihat menumbuk cermin tingkap pemandu dan menendang pintu bahagian sama sehingga mangsa terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak insiden lebih buruk.

Polis kini giat mengesan semua suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil bagi mempercepatkan proses siasatan.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]