fbpx

Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak lelakinya.

Dakwaan ini timbul selepas sebuah video tular menunjukkan kanak-kanak tersebut memandu kereta jenis Perodua Viva di kawasan perumahan di Puchong minggu lalu.

Mengaku Tidak Bersalah

Lelaki tersebut yang merupakan pemastautin tetap dan mempunyai lima orang anak, menafikan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Dia didakwa gagal mengawasi anak lelakinya yang berusia 12 tahun, membolehkan kanak-kanak itu memandu kenderaan dan berisiko mengalami kecederaan fizikal akibat kecuaian tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, difahamkan kejadian berlaku di Taman Putra Impiana, Puchong pada pukul 7.30 petang, 28 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000, penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]