Menjelang ketibaan Ramadan, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah selain menjaga adab dalam menghormati bulan penuh keberkatan ini.

Namun, lain pula kisahnya apabila tindakan seorang individu yang memuat naik video berunsur gurauan melibatkan isu berpuasa mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

@fhairulfizzy13

Ini uncle banyak baik.indahnya susasana masyarakat majmuk Di MALAYSIA

♬ original sound – Fhairul Fizzy – Fhairul Fizzy

Tular Video Minta Beli Makanan Secara Sembunyi, TikToker Dikecam Tak Sensitif Jelang Ramadan

Menerusi rakaman yang tular di TikTok, pemuda berkenaan yang difahamkan berbangsa Melayu dan beragama Islam dirakam meminta bantuan seorang lelaki warga emas berbangsa India untuk membelikan makanan secara sembunyi.

Situasi itu sekali gus mengundang kecaman ramai yang menyifatkan kandungan sebegitu tidak wajar dijadikan bahan jenaka, apatah lagi dalam suasana umat Islam sedang menyambut Ramadan.

Meninjau ruangan komen, individu terbabit tampil memberi penjelasan bahawa video berkenaan sebenarnya dirakam lebih awal sebelum tibanya bulan puasa dan dimuat naik atas tujuan memberi pengajaran.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial berpendapat kandungan seperti itu tetap tidak sesuai dikongsikan kepada umum kerana dikhuatiri mengundang salah faham serta dilihat seolah-olah mempermainkan kewajipan berpuasa.

Kredit: TikTok fhairulfizzy13

[fbcomments]