fbpx

Sejak kebelakangan ini, sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial apabila video yang memaparkan murid-murid perempuan sekolah rendah dalam bas sekolah menjadi tular.

Video di bawah:

https://x.com/afandiiii390212/status/1831697088520057189?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

“Abang Bas” Ditahan Polis

Difahamkan kandungan video yang dimuat naik individu berkenaan memaparkan wajah murid-murid dengan jelas, berserta tajuk kapsyen yang digunakan, telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kritikan daripada netizen.

Video tersebut mendapat perhatian Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang menyeru Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk mengambil tindakan segera terhadap pengendali akaun terbabit.

Dalam perkembangan terkini, pihak polis telah bertindak menahan pemandu bas berkenaan yang berusia 24 tahun, di Simpang Renggam, Kluang, pada awal pagi.

Ketua Polis Johor iaitu Komisioner M Kumar, mengesahkan tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 2.57 pagi susulan laporan yang diterima mengenai video yang tular itu.

Turut dirampas adalah telefon bimbit yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik video tersebut.

Menurut pihak polis, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis juga menyeru ibu bapa murid-murid yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]