Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenakan tindakan serta-merta selepas tular rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan jabatan itu dipandu secara berbahaya di Simpang Pulai, Perak pada 9 Julai semalam.
![]()
Anggota JPJ Digantung Tugas Selepas Video Tular Tunjuk Potong Garisan Berkembar
Susulan aduan yang diterima daripada orang awam, siasatan awal mendapati anggota terbabit telah melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar ketika memandu kenderaan rasmi jabatan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli memaklumkan bahawa pihaknya mengambil serius insiden berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang oleh kakitangan sendiri.
“Notis saman telah dikeluarkan ke atas anggota tersebut atas kesalahan memotong di garisan berkembar. Selain itu, beliau turut dilarang daripada memandu sebarang kenderaan jabatan buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan media.
![]()
JPJ turut memaklumkan bahawa anggota terlibat telah digantung tugas dan kini ditempatkan ke jawatan lain di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan.
Tambah Aedy Fadly, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat pelanggaran tatatertib atau kesalahan lain membabitkan anggota terbabit.
Beliau menegaskan bahawa JPJ komited untuk memastikan semua anggota mematuhi peraturan jalan raya sama seperti orang awam, dan tindakan sewajarnya akan diambil tanpa mengira jawatan.
Kredit: X update11111, Harian Metro