Semalam tular sebuah video seorang wanita bertindak kasar dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Difahamkan, wanita itu bertindak sedemikian setelah kenderaan miliknya ditunda kerana diletakkan di tempat yang tidak sesuai.
Merupakan seorang guru
Terbaru, seorang pengguna Facebook Francis Ngu Hown Hua memuat naik sebuah paparan skrin daripada individu lain yang mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan seorang guru di sekolah berdekatan lokasi kejadian.
Difahamkan dulunya wanita ini mengajar di Matrik dan kini telah ditukar ke Bandar Baru Sungai Buloh.
Mengalami tekanan perasaan
Wanita terbabit dikatakan mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak keduanya yang meninggal dunia selepas dilahirkan.
Firdaus turut mendakwa bahawa wanita itu diceraikan suaminya selepas lelaki berkenaan bertindak untuk berkahwin lain dan membawa anak tinggal bersama.
Ujian setiap orang tidak sama
Ujian setiap orang tidak sama, tidak perlu lah kita menilai setiap orang berdasarkan apa yang kita nampak. Kita juga tidak tahu bagaimana dengan perjalanan kehidupan kita dimasa akan datang. Semoga akak ni terus tabah dan dikuatkan semangat.