Tular di media sosial yang memaparkan seorang remaja lelaki bernama Muhammad Aidil Nursulhi, 19, berhajat jejak ke tanah suci dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110 akhirnya dilaporkan telah selamat tiba di Tanah Suci Madinah, Arab Saudi semalam.
Berjaya Tiba Di Tanah Suci Dengan Menaiki Motosikal Jenama Tempatan
Kejayaan Aidil menunggang motosikal yang jauh berbatu hingga ke tanah suci itu dikongsikan di laman Facebook Aimpro Samudra, dipercayai milik bapanya.
Difahamkan Aidil mula melaksanakan misi ke tanah suci dengan menaiki motosikal sejak 21 Mac yang lalu.
Selepas 45 hari gigih menunggang motosikal, beliau dikhabarkan telah selamat tiba di Tanah Suci Madinah.
Kejayaannya secara tidak langsung menunjukkan kelasakan motosikal jenama tempatan untuk mengharungi perjalanan jauh dan panjang dapat dijamin dan bertahan lama.
Tahniah diucapkan!
Kredit: Facebook Aimpro Samudra