Seorang lelaki ditemui meniggal dunia di dalam kereta ketika menunggu isterinya menghadiri temuduga di sebuah hospital swasta.
Mangsa yang dikenali sebagai Ashraf Rosli didapati tidak sedarkan diri di dalam keretanya. Difahamkan mangsa turut ditemani tiga anaknya didalam kereta.
Berdasarkan perkongsian dari seorang pengguna Facebook memaklumkan kejadian cemas itu dipercayai berlaku di Bukit Pantai Bangsar.

Dia bersama tiga orang anak-anaknya turut berada di dalam kereta berkenaan di mana seorang berada di car seat tempat duduk bahagian hadapan manakala dua orang lagi berada di tempat duduk belakang.
Akibat serangan jantung
Walau bagaimanapun, menurut sumber ketika kejadian dua orang anak Allahyarham dikatakan telah menangis dan memberitahu seorang wanita warga Jepun bahawa bapa mereka sudah meninggal dunia di dalam kereta. Tetapi disebabkan wanita Jepun itu tidak faham berbahasa melayu, dia telah meminta bantuan Mohd Faisol.
Individu ini yang menyedari kejadian tersebut telah menghubungi ambulans dan paramedik. Mereka mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia. Difahamkan, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.