Sebuah rakaman video memaparkan tindakan berbahaya seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi mencetuskan kemarahan ramai apabila dia dilihat memecut laju ketika seekor gajah sedang melintas jalan di kawasan hutan di Gerik, Perak.
@mamukhabir kerana kebodohan Myvi, org lain jd gelabah… 10 July 2025 bukit Jeli – Gerik @Noor Azlida #tmax #fyp #jeli #gerik #gajahviral
Cubaan Pemandu Myvi Potong Gajah Liar Undang Kemarahan Netizen
Insiden tersebut dirakam pengguna jalan raya lain dan mula tular di media sosial selepas dimuat naik menerusi akaun TikTok @mamukhabir. Dalam rakaman tersebut, kereta terbabit bukan sahaja cuba memotong haiwan liar berkenaan dari jarak dekat, malah dilihat menghidupkan lampu hadapan secara terang ketika berada sangat hampir dengan gajah tersebut.
Tindakan itu mengundang reaksi negatif netizen yang rata-rata menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri. Ada juga yang menyindir bahawa pemandu tersebut sekadar mahu menunjuk ‘berani’ tanpa menghiraukan keselamatan diri dan haiwan liar.
![]()
Meninjau ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kesal serta mengingatkan bahawa tindakan seperti itu boleh mengundang risiko serangan haiwan, selain menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.
Sebagai panduan keselamatan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sebelum ini telah menasihatkan orang ramai agar memperlahankan kenderaan atau berhenti apabila terserempak dengan gajah di jalan raya. Pemandu juga diingatkan untuk tidak membunyikan hon, tidak menyalakan lampu tinggi secara langsung ke arah haiwan, dan tidak keluar dari kenderaan dalam apa jua keadaan.
![]()
Kredit: TikTok mamukhabir