Pada Ahad semalam, ribuan rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka untuk sama-sama bersolidariti menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini menjadi mangsa peperangan dan pengeboman tentera Zionis Israel.

Perhimpunan tersebut bukan sahaja didatangi dan dihadiri oleh individu beragama Islam, malah pelbagai bangsa dan agama turut memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin.

@aiisyahazis

Salute you uncle 🫶🏻 #loveisreal #standwithisrael #dataranmerdeka

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Uncle India Raih Perhatian Netizen

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @aiisyahazis di laman TikTok, ia memaparkan kehadiran seorang lelaki berbangsa India memegang plakad yang bertulis #IsraelCuak dan Freedom Palestine. Tindakan lelaki berbangsa India tersebut telah meraih perhatian netizen yang terharu dengan sokongan ditunjukkan dalam perhimpunan tersebut.

“Boikot dan menentang negara yang sokong Israel iaitu Amerika Syarikat, Britain dan India juga. Kenapa India? Sebab dia menyokong kezaliman. Kita menentang kezaliman. Inilah Malaysia.. Tak perlu thank you“, katanya dalam video tersebut.

Netizen Puji Sikap Uncle India Ini Yang Sama-Sama Berjuang Demi Kebebasan Palestin

Video yang dikongsikan tersebut telah mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen yang menabik hormat dengan sokongan yang ditunjukkan oleh uncle berkenaan terhadap Palestin. Meskipun berbeza bangsa dan agama, namun ia tidak menghalang seseorang untuk menunjukkan rasa simpati dan empati terhadap mereka yang ditindas dengan kezaliman.

Kredit: TikTok aiisyahazis

[fbcomments]