Baru-baru ini, sebuah video di platform X telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan dua lelaki berusia yang bertengkar kerana berebut tempat duduk di dalam sebuah bas. Video tersebut dengan cepat mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial yang terhibur dengan situasi berkenaan.
Video di bawah:
https://x.com/update11111/status/1828738279648461183
Bertengkar Seperti Budak Kecil Kerana Berebut Tempat Duduk Dalam Bas
Dalam video yang berdurasi beberapa minit itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah hitam datang dan duduk di sebelah seorang penumpang lain sebelum mula memarahinya. Lelaki berbaju merah hitam tersebut mendakwa bahawa dialah yang sepatutnya berhak untuk duduk di tempat itu, bukan orang lain.
Penumpang yang diduduki itu kemudiannya tidak berdiam diri, sebaliknya memarahi kembali lelaki tersebut kerana meninggikan suara semata-mata disebabkan tempat duduk itu.
“Yang awak nak marah saya ni kenapa?” tanya penumpang itu dengan nada tidak puas hati.
Lelaki berbaju merah hitam tersebut kemudian bertanya sama ada penumpang itu telah lama menetap di kawasan tersebut, menambah elemen perbandingan umur untuk menegaskan kedudukannya.
“Berapa lama awak duduk sini? Turun sekarang! Turun sekarang! Kenapa tak berani turun? Awak muda atau saya? Keluar dari sini. Awak tahulah siapa yang sudah lama tinggal di sini. Saya dari umur 13 tahun lagi dah duduk sini,” katanya dengan penuh emosi.
Setelah beberapa ketika bertikam lidah, lelaki berbaju merah hitam itu akhirnya memilih untuk duduk bersama penumpang berkenaan, tetapi ketegangan antara mereka terus berlarutan sepanjang perjalanan. Pemandu bas yang menyedari situasi tersebut sempat merakam gelagat mereka, dan video itu kini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.
Ramai pengguna media sosial yang terhibur dengan gelagat kedua-dua lelaki tersebut, yang walaupun sudah berusia, masih berkelakuan seperti kanak-kanak dengan berebut tempat duduk di dalam bas.
Pengguna media sosial turut memberikan pujian kepada lelaki yang memakai baju warna hitam atas kesabarannya dalam menghadapi situasi tersebut. Walaupun terus-menerus dimarahi, dia tetap tenang dan tidak mengambil tindakan kasar, sebaliknya memilih untuk bertindak dengan penuh kesopanan sepanjang pertelingkahan itu berlaku.
Kredit: X update11111