Setiap orang pasti ingin kelihatan cantik sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi kelihatan sempurna di khalayak ramai.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik Safiey Illias ada memuat naik sebuah video menunjukkan dia sedang menjalani prosedur pembedahan plastik di laman Instagram miliknya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan perasaan seram dan takut melihat prosedur yang dijalani oleh Safiey itu. Mana taknya, jarum suntikan dirodok begitu sahaja sebanyak beberapa kali ke dalam kulit wajahnya!


Selepas dia buat pembedahan, dia ada membuat siaran ‘Live’ di laman Instagram. Namun apa yang menarik perhatian adalah keadaan wajah Safiey yang kelihatan bengkak dan masih belum pulih sehingga ada yang menyangka dia menggunakan ‘filter’.

