Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’ memang disukai oleh ramai orang. Bermula dari Nisa Sabyan, Via Valeen, sehinggalah Dato Sri Siti Nurhaliza turut membuat cover lagu ini.
Memeluk Islam selepas mendengar lagu ini
Malah ada yang mendakwa salah seorang peminat Siti Nurhaliza telah memeluk Islam selepas mendengar lagu Aisyah Isteri Rasulullah yang dinyanyikan olehnya di YouTube.
Perkara itu dikongsikan di ruangan komen saluran YouTube Siti Official Video baru-baru ini.
“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam.
“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK. Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Siti berkata, dia berdoa semoga peminatnya itu akan terus istiqomah.
Turut mendapat tempat di hati penyanyi Mesir
Setelah menjadi trending di Indonesia, lagu ini kemudian dibawakan versi bahasa Arab oleh penyanyi Mesir, Mohamed Tarek dan Mohamed Youssef di YouTube.
Video cover mereka turut mendapat tempat di hati penonton dengan mencatat lebih 5 juta views.
Ini pula dicampur dengan bahasa Indonesia:
Lirik lagu ini menggambarkan keindahan cinta antara Rasulullah dan Aisyah, seperti yang digambarkan dalam lirik seperti di bawah:
Aisyah romantisnya cintamu dengan nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga hujung nyawa
Kau di samping RasulullahAisyah sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta ya Aisyah ya Humairah
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu…
Lirik dikritik kerana bersifat manusiawi
Namun, lagu Aisyah Isteri Rasulullah juga mendapat kritikan dari sebilangan pihak. Lagu ini dianggap tidak sesuai kerana menggambarkan ciri fizikal Sayyidah Aisyah dimana liriknya seperti berikut:
Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri RasullullahSungguh sweet Nabi mencintamu
Bila lelah Nabi baring di jilbabmu
Seketika kau pula bermanja
Mengikat rambutnya
Dipetik dari Republika, seeorang pendakwah berasal dari Indonesia, KH Yahya Zainal Ma’arif atau lebih senang dipanggi Buya Yahya percaya bahawa tidak ada niat buruk dari pencipta lagu tersebut.
Dalam ceramah di TV Al Bahjah pula, Buya Yahya menyebutkan bahawa lagu ini mempunyai kelebihannya, iaitu mengajak orang ramai untuk mengenali Sayyidah Aisyah.
Buya Yahya juga menasihatkan agar tidak mencirikan badan ketika bercakap mengenai isteri baginda Rasulullah. Menurutnya, penyebutan fizikal yang sangat peribadi boleh membuatkan para lelaki membayangkannya.