Seorang pelanggan di sebuah restoran nasi kandar di Petaling Jaya baru-baru ini berdepan dengan pengalaman yang mengecewakan apabila menemui ulat dalam makanan yang dipesan, meskipun sebelum ini pernah menghadapi insiden serupa di tempat yang sama.
@iamdekna73 Dah masuk perut aku gamaknya ulat tu !! ššš¤®š¤® #fyp #ulat #kedaimamak
Jumpa Ulat Dalam Makanan. Bukan Kali Pertama Terjadi!
Kisah ini menjadi tular apabila pengguna TikTok @iamdekna73 berkongsi pengalaman pahitnya bersama suami dan anak perempuan ketika mengunjungi restoran tersebut. Dalam hantaran tersebut, wanita itu meluahkan rasa kesalnya apabila mereka sekali lagi mengalami pengalaman yang sangat tidak menyenangkan, kali ini menemui ulat di dalam hidangan mereka.
Menurut wanita tersebut, insiden yang lebih mengejutkan adalah ini bukan kali pertama mereka mendapati perkara seperti ini berlaku di restoran itu. Suaminya pernah menemui ulat di dalam botol kicap di kedai yang sama sebelum ini. Walaupun suaminya telah membuat aduan kepada pekerja restoran pada kejadian pertama, nampaknya aduan tersebut tidak diambil serius oleh pihak restoran.
“Sebelum ini, suami saya dah jumpa ulat dalam botol kicap. Sekarang, ulat dalam makanan pula,” kata wanita itu, meluahkan rasa kecewa terhadap situasi tersebut.
Susulan daripada kejadian kali kedua ini, suaminya kini merancang untuk membuat laporan kepada jabatan kesihatan sebagai langkah seterusnya. Walau bagaimanapun, pekerja di restoran berkenaan segera tampil memohon maaf kepada mereka.
Namun, permohonan maaf tersebut tidak dapat meredakan kemarahan suaminya yang telah hilang kepercayaan terhadap kebersihan restoran tersebut.
āJangan sorry lah, haritu saya dah buat aduan sekali, saya dah mesej bos tapi tak balas, saya cakap lagi sekali kalau macam ini punya kotor saya bagi viral. Apa sorry-sorry? Ingat sorry itu boleh selesaikan ke? Ingat saya saja-saja buat kecoh?ā ujar suaminya dengan tegas.
Ketika kisah ini tular di media sosial, ramai warganet turut mempersoalkan mengapa pasangan tersebut masih memilih untuk makan di restoran yang sama selepas insiden pertama.
Menjawab persoalan itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka kembali ke kedai itu atas ajakannya, kerana dia mengakui masakan di situ sememangnya enak dan berharap restoran tersebut akan meningkatkan standard kebersihan mereka.
Kredit: TikTok iamdekna73