fbpx

Nad Zainal sebelum ini teruk dikecam netizen dan dilabel sebagai sombong apabila bersikap acuh tidak acuh terhadap peminat.

Pelakon tersebut sekali lagi meraih perhatian apabila meminta nasihat daripada ahli politik yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri ke-10, Anuar Ibrahim iaitu Nurul Izzah mengenai cara menghadapi kecaman.

Menurut Kosmo, Nurul Izzah, 42 telah menasihatkan orang ramai untuk bersikap empati dalam memahami situasi orang lain dan tidak mudah melemparkan serangan.

PRU15: Anwar beri bayangan Nurul Izzah kekal bertanding di Permatang Pauh |  Astro Awani

“Kita semua akan alami kekecewaan dan kecaman. Pertama, ambil sikap berempati dan jangan mudah lemparkan serangan.”

“Kita juga perlu faham ruang yang boleh diguna pakai untuk melindungi diri terutama apabila terdapat individu melemparkan kecaman dengan cara yang boleh diterima,“tambahnya.

Padam komen negatif

“Untuk mereka yang dikecam dan mengecam, letaklah satu jarak untuk melindungi diri. Padam (komen negatif) sajalah jika perlu”

Izzah juga menekankan pentingnya menjaga kesihatan mental sendiri dan bijak memilih perkara yang perlu difokuskan dalam fikiran.

“Pertama ialah sayang, lindungi diri, menjaga keadaan dan kesihatan mental sendiri. Sehari ada 24 jam sahaja dan pilihlah memori yang indah,”katanya lagi.

Sumber: Kosmo

[fbcomments]