Berita baik! Difahamkan Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum bakal menerima manfaat.


Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Bukan itu je, malah had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 dengan membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Katanya, golongan terjejas boleh membuat permohonan melalui dalam talian atau ke pejabat KWSP terdekat.

Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak memohon.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.


[fbcomments]