fbpx

Sejak kebelakangan ini, isu tentang seorang usahawan dari Kemboja telah mencetuskan kemarahan orang ramai atas sebab individu tersebut didakwa menghina kaum Melayu dengan menuduh masyarakat Melayu pemalas. Tindakan yang dibuat oleh Mariyah itu telah mendapat kecaman hebat dari netizen sehingga beliau tampil membuat permohonan maaf kerana menyedari kata-katanya itu telah memakan dirinya sendiri.

Isu Usahawan kemboja Direspon TMJ

Berdasarkan tangkap layar diatas, Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tampil memberi respon terhadap kontroversi yang semakin hangat diperdebatkan. Difahamkan, ada netizen yang menyeru akaun X TMJ dan baginda menjawab perkara berkenaan dengan mengingatkan kembali netizen tentang kenyataan ahli politik sebelum ini.

Usahawan Kemboja Minta Ampun Kepada TMJ

Susulan daripada isu tersebut, usahawan yang lebih dikenali dengan panggil Madame Mariyah telah memuat naik satu lagi video dengan mengucapkan terima kasih kepada TMJ dan beliau turut menyatakan bahawa beliau bangga menjadi rakyat negeri Johor sambil reaksinya penuh kesedihan.

“Bismillahirahmanirahim. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik, Mariyah binti Yaakob dari Mariyah Holdings Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku. Patik berbangga jadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tuanku patik dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu ramai orang lagi Tuanku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya dalam video miliknya.

Terdahulu, usahawan Kemboja ini telah membuat satu kenyataan di dalam video dengan mengatakan Melayu malas dan isu tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga rakan artis turut membahaskan isu ini.

Perkara tersebut diucapkan susulan membuat perbandingan antara masyarakat Kemboja yang pandai berniaga dan rajin, tidak seperti kaum Melayu yang dikatakan malas.

Kredit: X HRHJohorII, TikTok Mariyahholding

[fbcomments]