Baru-baru tular di laman X berkenaan tentang seorang usahawan yang mengendalikan makanan untuk membuat satu resepi sambil memakai sarung tangan berwarna kuning untuk menggaul makanan. Susulan video berkenaan mendapat perhatian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur usahawan terbabit dengan mengatakan pemakaian sarung tangan berwarna kuning tidak sesuai digunakan dalam mengendalikan makanan.
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
KKM Tegur Usahawan
Menerui hantaran yang dibuat oleh KKM di laman X, difahamkan pihak mereka menjelaskan sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) adalah paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
“KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan. Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja.
“KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan,” tulis KKM.
Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan usahawan terbabit dengan pemilihan sarung tangan berkenaan dalam mengendalikan makanan.
Kredit: X KKMPutrajaya