Pelakon veteran, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud menerima kunjungan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di kediamannya baru-baru ini.
@ustazebitlew Sayu ziarah Mak Wan. Hari itu bawa Mak Wan pergi umrah dengan saya wetime.. Mak Wan kata jika ada job apa-apa bagilah Mak Wan. Nak kumpul duit nak pergi Umrah lagi. Semoga Mak Wan cepat sihat kuat dan diberi ketabahan oleh Allah. #fyp #fypシ゚ #fypp
Ustaz Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Hulur Bantuan Ringankan Beban
Dalam pertemuan tersebut, Ebit Lew dilihat menyantuni Mak Wan yang kini berdepan kesukaran untuk berjalan. Momen itu dikongsi menerusi satu rakaman video di Instagram beliau, yang turut menyaksikan pendakwah tersebut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban aktres berusia 64 tahun itu.
Menurut Ebit Lew, pertemuan tersebut turut mengimbas kenangan ketika beliau membawa Mak Wan menunaikan umrah suatu ketika dahulu.
“Ziarah Mak Wan. Allahukakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat.
![]()
“Mak Wan kata jika ada job apa-apa, boleh bagi dekatnya. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya, Allah sayang Mak Wan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini, Mak Wan pernah berkongsi bahawa dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan sedang berdepan dengan masalah kewangan. Situasi tersebut mengundang perhatian ramai, termasuk dalam kalangan peminat dan rakan industri yang bersimpati dengan nasibnya.
![]()
Di ruangan komen, netizen turut mendoakan agar kesihatan Mak Wan bertambah baik serta dipermudahkan rezekinya. Ada juga yang berharap agar pintu rezeki aktres itu kembali terbuka dalam industri seni.
Mak Wan sebelum ini cukup dikenali menerusi watak-watak ibu dalam pelbagai drama tempatan. Kejayaannya dalam industri seni tanah air meletakkan namanya sebagai antara pelakon veteran yang dihormati ramai.
Kredit: Instagram ebitlew