Membuat satu kebaikan ada ibadah mulia yang patut diterapkan oleh setiap insan. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan satu potongan video tentang Ustaz Kazim Elias memberikan ceramah sambil menceritakan kebaikan seorang pelawak yang berasal dari Johor.
Dia Bayar Bil Surau Dan Masjid Di Kampung
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh @firdauszuki di laman TikTok, Ustaz Kazim Elias telah membuka cerita tentang seorang individu yang digelar sebagai pelawak terkenal dengan menceritakan kebaikan yang dibuat oleh artis berkenaan.
“Saya bersembang dengan orang Johor pagi tadi, dia cerita jiran dia ni ada kedai (restoran). Jiran dia ni suami isteri, anak kepada jiran dia ni pula (yang buka kedai makan ni) pelakon terkenal, pelawak terkenal. Dia kata, ‘ustaz tahu tak pelakon dan pelawak anak diorang ni, bil masjid dan surau dalam kampung semua dia bayar”, ujarnya.
Beliau juga menambah ibu bapa arits terbabit ada bekerja sebagai peniaga dan artis tersebut tegas untuk tidak mahu mereka bekerja kerana faktor usia. Namun, ibunya harus berniaga kerana mempunyai pekerja yang bekerja bersamanya.
Ustaz Kazim Tidak Sebut Nama Sesiapa, Netizen Syak Jep Adalah Orangnya
Sepanjang video itu berjalan, Ustaz Kazim Elias tidak menyebut nama sebarang artis, tetapi netizen pantas berfikir. Mereka mendakwa bahawa Jep Sepahtu adalah orang disebalik semua kebaikan yang dibuat.
Melihat di ruangan komen, ia dibanjiri dengan nama Jep serta kebaikan yang beliau buat.



Kredit: TikTok firdauszuki