fbpx

Berapa hari ni kecoh di media sosial mengenai vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dikatakan telah menyebabkan kematian enam orang sewaktu kajian fasa ketiganya.

Kerajaan cuba membunuh rakyat

Kisah ini turut menarik perhatian Dr Megat Mohammad Amirul Amzar.

Berita itu membuatkan antivaksin melompat-lompat dan terus menuduh kerajaan kita cuba membunuh rakyat.

Beliau turut mengulas mengatakan kajian fasa ketiga melibatkan 43, 252 orang peserta yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang mendapat vaksin Covid-19 dan kumpulan yang mendapat plasebo (bukan vaksin Covid-19).

Daripada 43 ribu orang itu, hanya enam kematian berlaku iaitu dua kematian dalam penerima vaksin dan empat kematian dalam yang tidak menerima vaksin Covid-19.

Serangan jantung dan strok

Jika diselusuri lebih mendalam, kematian keenam-enam orang ini TIDAK BERKAITAN dengan vaksin kerana ada yang kena serangan jantung manakala ada pula yang kena strok.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memberikan perumpamaan menjelaskan;

Ia umpamanya, anda dan kawan anda bersetuju menyertai kajian vaksin. Tiba-tiba anda kena langgar kereta lepas diberi vaksin dan kawan anda yang tidak menerima vaksin pula dipatuk ular selepas balik daripada kajian.

Kalau kedua-dua anda dan kawan anda mati, ia tetap akan direkodkan, tetapi pengkaji akan menyatakan kejadian itu tidak ada hubungkait dengan menerima atau tidak menerima vaksin.

Antivaksin kebanyakannya suka bagi keratan berita sahaja tanpa baca berita penuh. Jangan mudah terperdaya dengan mereka. Penuhkan diri dengan ilmu dan rajinkan diri membaca.

[fbcomments]