Baru-baru ini, tular di serata laman sosial berkenaan satu video TikTok yang dimuat naik oleh penyanyi Baby Shima yang dikatakan seperti mempersenda orang kelainan upaya (OKU).

Baby Shima Tiru Gaya OKU

Posted by Viral Video on Sunday, March 28, 2021

Lepas dah viral, dah kecoh kena kecam lalu dia pun tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Menurutnya, dia tidak menyedari bahawa individu yang ‘dipersenda’ iaitu Zhariff Affandi merupakan seorang OKU yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan. Tambahnya lagi, video berkenaan telah dilakukan tanpa sengaja.

Benda ni berlaku dalam 4 hari lepas, Shima ada ternampak video tu, Shima tak tahu yang insan tu OKU. Jadi shima saje2 buat ‘content’, selepas tiga puluh minit ‘upload’ Shima tengok komen yang menyatakan insan tersebut OKU

Malah menurut laporan Harian Metro, Shima turut dikatakan sudah berbincang dengan peguamnya dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan video itu tanpa mengetahui perkara sebenar.

[fbcomments]