Tersebar sebuah video yang memilukan dimana seorang wanita ditinggalkan oleh suaminya buat selama-lamanya di dunia ini.
Difahamkan pasangan tersebut baru sahaja tiga hari mendirikan rumahtangga, suami dah terbabit kemalangan.
Kemalangan jalan raya
Menurut kenyataan dari media, suaminya itu meninggalkan dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku di Lassang, Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Walau bagaimanapun, difahamkan suaminya itu telah koma terlebih dahulu selama lebih kurang seminggu sebelum menghebuskan nafasnya yang terakhir.
Dalam video tersebut, kelihatan sang isteri tidak mampu lagi menahan kesedihannya dihadapan jasad suaminya.
Video kisah mereka berdua telah tular di media sosial dan meruntun hati orang ramai yang rata-rata menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada pasangan itu.
Dari sini kita belajar bahawa jodoh dan ajal sedang berjalan berdampingan menuju kita, entah ajal atau jodoh yang akan menghampiri dahulu.
Semoga diberikan kesabaran serta ketabahan untuk saudariku.