Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan ada pelakon wanita cuba medekati suaminya, pelakon kontroversi Aliff Aziz.
Hantaran pedas di Instagram dituju untuk penyondol


Memberi penjelasan mengenai hantaran di Instagram yang pernah dimuat naik sebelum ini, Bella mengaku entri tersebut adalah ditujukan untuk seoran aktres yang sedang bergandingan dengan Aliff dalam sebuah drama.
“Hantaran saya di Instagram itu adalah kerana saya risau kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, saya ada perasaan trauma. Syukur, Aliff alami banyak perubahan selepas kami rujuk kembali.
“Hantaran itu saya tujukan kepasa seorang pelakon wanita. Selepas Aliff buat kemunculan semula, dia banyak bergandingan dengan heroin lain seperti Nad Zainal dan Intan Najuwa, ketika itu memang tak ada apa-apa pun.
Kerap misscall suami, non stop mesej di whatsapp
“Cuma yang baru-baru ini, memang ada masalah. Jadi saya bagi amaran. Sudah tentu langkah pertama saya adalah bertanyakan suami terlebih dahulu. Tapi saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu. ‘Missed call’ sampai tujuh, lapan kali.
“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Saya bertanya mengenai nombor terbabit dari seorang rakan artis dan memang betul, itu nombor pelakon wanita tersebut. Saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.
“Saya bergandingan dengan Zamarul Hisham dalam Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambaran. Jika ada apa-apa pun, semua WhatsApp atau panggilan telefon akan dilakukan menerusi isteri Zamarul, pelakon Diana Rafar. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia.
Minta maaf kerana tersuka suami
“Jadi apabila sampai tujuh, lapan ‘missed call’, saya tak nampak sebab itu. Dia berikan mesej kepada saya. Dia minta maaf, dia katakan dia bodoh kerana dia telah tersuka dengan suami saya.
“Dia mesej di WhatsApp saya ‘non stop’, dia kata dia mahu jadi kawan saya. Dia sangat berani, sebab itu saya sampai ke tahap untuk membuat hantaran di Instagram. Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang, tak apa, pergilah, nak telefon hari-hari ke, nak keluar berdua ke, tak ada siapa akan marah,” jelas Bella sewaktu ditemu ramah XTRA.
Mujurlah Aliff banyak berubah dan berbincang secara matang dengannya tentang hal tersebut. Aliff juga mengajak Bella menemaninya di lokasi penggambaran bagi menemaninya bekerja.
@xtra_my Alamak. Pelakon wanita mana yang cuba nak try Aliff Aziz ni? 😠 Berani mati call suami orang sampai 7, 8 kali, siap mengaku suka suami orang 🥵 Jom dengar cerita Bella Astillah. #fyp #xtramy #familiduotv3 #bellaastillah #aliffaziz #komen #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA
Sekadar info, Bella Astillah ketika ini sedang sibuk berentap di pentas Famili Duo bersama Wani Kayrie dan telah berjaya mara ke pusingan akhir program tersebut.
Aliff Aziz pula bakal muncul dalam drama terbaru di TV3 di slot Akasia bergandingan dengan pelakon cantik, Sophia Albarakbah.
Sumber: Xtra