Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique menjadi bualan hangat apabila videonya di sebuat kelab malam/pusat hiburan tersebar di internet.

Menurut laporan Xtra, video tersebut adalah di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Video yang memamparkan dia menari kepada lagu Satu Malam di Temasek itu mencuri perhatian umum apabila di hadapannya juga terdapat minuman keras.

@xtra_my Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵 Fuhh! #fyp #xtramy #mkkclique #kelabmalam #viral #mabuk #tabligh #viral #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan,27 sememangnya menjadi kegilaan ramai peminat dan hal ini mengecewakan sesetengah peminatnya. Tidak kurang juga yang mengungkit pengakuannya yang telah berubah dan menyertai tabligh sekitar 2 tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat warga net yang memaklumkan penyanyi itu sering ke tempat-tempat hiburan seperti itu.

Ada juga yang mendakwa, mungkin video tersebut dari pusat karaoke sahaja.

Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan dari penyanyi itu sendiri setakat waktu artikel ini ditulis.

Sumber: Xtra

[fbcomments]