Pelakon lelaki Hairul Azreen dan pasangan Hanis Zalikha sememangnya merupakan influencer di laman media sosial. Telatah anak-anak mereka yang comel membuatkan ramai tidak jemu mengikuti perkembangan keluarga ini.

Semalam, pelakon Paskal itu telah berkongsi video melatih anak perempuannya Alisa Aisyah, 3 tahun berenang. Video di akaun instagram @hairulazreen dan @thealisaaisyah itu telah mencecah 1.2 juta tontonan setakat hari ini.

Dalam video itu,Hairul telah berdiri di tepi kolam renang bersama Alisa. Hairul Azreen telah ‘mencampak’ anaknya berkali-kali ke dalam kolam untuk melihat prestasi berenang anaknya.

Dalam video tersebut jelas menunjukkan peningkatan prestasi Alisa yang difahamkan telah belajar berenang sedari kecil lagi.

Menjengah ruangan komen, ramai yang kagum dengan kebolehan anak berusia 3 tahun lebih itu.

Tidak kurang juga yang risau akan respons orang ramai terhadap video tersebut.

Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

[fbcomments]