fbpx

Di media sosial, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita dengan rasa tidak bersalah telah mencampak dua orang anak kandungnya sendiri ke dalam sungai!

Tergamaknya..😭Ibu campak 2 anak berusia 3 tahun dan 2 tahun ke dalam sungai. Sumber menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati wanita itu melakukan perbuatan tersebut sebagai balas dendam terhadap bekas suaminya.Tragedi itu berlaku di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.

Posted by Tingkapdaily on Rabu, 21 Oktober 2020

Tindakan seorang ibu yang tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku di Jambatan Al-Aimmah Sungai Tigris Iraq.

Dendam terhadap suami

Menurut laporan media, wanita Iraq tersebut dilaporkan membuang dua orangnya yang berusia tiga tahun dan setahun lebih dari jambatan sebagai tanda membalas dendam terhadap bekas suaminya.

Ketika disoal siasat, ibu mengaku membuang anak-anaknya ke dalam sungai selepas berlaku perselisihan faham dengan bekas suaminya. Malah, dia turut mengaku mahu membalas dendam.

Pasangan ini telah bercerai tiga bulan sebelumnya dan suami diberi hak penjagaan anak-anak mereka.

Tidak boleh terima hakikat

Turut tular di media sosial adalah video si bapa meraung menangisi pemergian anak-anak tercinta selepas mayat mereka ditemui di sungai tersebut.

Difahamkan, wanita yang tidak mempunyai rasa belas kasihan ini tidak boleh menerima hakikat yang suaminya telah meminta cerai.

Telah berlaku curang

Menurut datuk kepada kedua-dua mangsa tersebut, tindakan wanita itu mengakhiri nyawa anak-anaknya merupakan kejahatan yang telah dirancang.

Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya..

Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah anak perempuan anda…

Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah berbincang perkara ini di mana-mana, dan kami juga tidak menunjukkan gambar-gambar (bersama kekasih) kepada sesiapa…

[fbcomments]