Pergaulan bebas dan akses yang cukup mudah mendapatkan bahan lucah di internet antara punca utama peningkatan kes rogol dan hubungan seksual dalam kalangan remaja termasuk pelajar.
Baru-baru ini telah tersebar di media sosial aksi sepasang pelajar sekolah sedang melakukan seks oral.
Dua pelajar melakukan seks oral
Berhubung satu rakaman klip video tular memaparkan perlakuan tidak senonoh dua pelajar melakukan seks oral di sebuah rumah ketika berpakaian seragam sekolah, kini pihak polis sedang menyiasat kes tersebut.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi 22 September lalu di mana perempuan berusia 13 tahun terbabit disyaki mengajak teman lelakinya berumur 17 tahun yang juga pelajar sekolah, masuk ke rumah dan membuat satu rakaman klip video berdurasi satu minit sembilan saat yang memaparkan mereka melakukan seks oral ketika berpakaian seragam sekolah.
Rakaman itu dipercayai dibuat kedua-dua pelajar berkenaan tanpa membabitkan orang ketiga.
Kongsi video dengan rakan
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kampar, Hasron Nazri, siasatan lanjut juga mendapati pelajar perempuan itu dipercayai kongsikan rakaman klip video berkenaan dengan beberapa rakan sekelas melalui aplikasi WhatsApp.
Klip video berkenaan kemudian tular melalui media sosial dan dalam kalangan pelajar sekolah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Seorang lelaki telah ditahan
Susulan itu, seorang lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Pihak polis sekali gus menasihati orang ramai supaya tidak memiliki, menyebar atau berkongsi klip video berkenaan.
Ini kerana tindakan itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8 AKKSTKK 2017 di mana jika terdapat dan terbukti berlaku penyebaran, mereka boleh disiasat serta dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang tiga sebatan.
Kredit: Berita Harian