fbpx

Farid Kamil telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bagi menyelesaikan proses sulh antaranya dan isteri.

Menurut video dimuatnaik OhBulan! pada Selasa, Farid mengeluarkan kenyataan meminta Diana Danielle segera bertaubat kerana perbuatan aktres itu boleh mendatangkan laknat kepada dirinya.

Tetap maafkan Diana

Farid berkata dia tetap akan memaafkan Diana tidak kira sebesar mana kesalahan yang dilakukan kerana masih mencintai dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Apa yang boleh saya kata, bertaubatlah sebelum terlambat.. bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia lakukan itu mungkin akan ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh nak ampunkan”

“Saya sebagai manusia akan memaafkan dia walau apa sahaja kesalahan dia buat sebab dia adalah isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Saya mahu selamatkan rumah tangga kami.”

Saya Ingin Selamatkan Keluarga. Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia..' – Farid  Kamil

“Saya hanya manusia biasa yang bertindak sebagai suami yang cuma menuntut hukum hakam ditetapkan,”katanya kepada pemberita.

Farid walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kesalahan dilakukan Diana sehingga dia berkata begitu.

@ohbulanofficial Mengalir air mata lelaki 😢 #ohbulan #sembangentertainment #faridkamil #maafkan #dianadanielle ♬ original sound – OHBULAN!

Hari ini, rundingan sulh tersebut gagal kerana Diana tidak hadir ke rundingan tersebut. Alasan yang diberikannya ialah kerana dia belum bersedia bersemuka dengan aktor tersebut.

Mahkamah telah menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh sebutan baharu untuk proses sulh pasangan tersebut.

Farid juga ada membuat tawaran pendamaian dengan Diana demi menyelamatkan rumah tangga mereka. Tawaran pendamaian tersebut membabitkan aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM 319,700.

Farid Kamil tawar RM400,000 termasuk Vellfire, barang kemas pujuk Diana -  Kosmo Digital

Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Sumber: OhBulan!

[fbcomments]