Seperti ysng kita semua tahu, keadaan terkini penularan Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan merisaukan. Oleh kerana itu, kerajaan telah membuat keputusan membuka semula MAEPS sebagai pusat kuarantin.

Pusat semakin padat

Terkini, tular satu video perkongsian di Facebook menunjukkan keadaan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang yang semakin membimbangkan.

Di maeps serdang.. Kuarintin covid penuh sesak

Posted by Mohamad Naim on Thursday, January 7, 2021

Kes tahap 1 dan 2

Mereka yang dikuarantin di sini adalah pesakit positif Covid-19 tahap 1 (tidak bergejala) dan tahap 2 (bergejala ringan).

Sebelum itu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti semasa di hospital dan kemudahan rawatan berisiko rendah hanya terhad kepada 23,000 tempat tidur.

Malah, disebabkan keadaan pusat yang semakin padat, kementerian kesihatan kini membuat keputusan untuk mengutamakan pesakit yang tidak mempunyai persekitaran kondusif untuk kuarantin di rumah.

Keadaan terkini Pusat Kuarantin & Rawatan Covid19 Berisiko Rendah di MAEPS Serdang 😓.

*Update : Mereka yang…

Posted by Mohd Faizal Zulkifly on Thursday, January 7, 2021

[fbcomments]