Tindakan menjengkelkan sekumpulan wanita yang menggigit dan memakan buah-buahan yang dijual di sebuah pasaraya dan meletakkannya semula telah mengundang kemarahan orang ramai.
Video tersebut telah tular di media sosial sehingga mendapat kecaman ramai.
Dah makan letak semula
Dalam video tersebut memaparkan wanita itu dengan selamba mengambil beberapa buah dan memakannya lalu meletakkan semula ke tempat asalnya sambil bergelak ketawa.
Konon tindakannya itu nampak cool dan kelakar. Tapi sebenarnya tindakan dia tu umpama tidak bertamadun dan biadap. Tidak itu sahaja, malah tindakannya itu boleh memburukkan nama pasaraya tersebut. Bayangkan kalau ada orang yang terambil buah yang telah digigit oleh wanita tersebut? Sudah pasti pasaraya itu yang akan dipersalahkan kerana menjual produk yang telah rosak.
Berlaku di Singapura
Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat dan komen yang diterima, ramai yang menyatakan ianya berlaku di SIngapura.