Tidak dinafikan, pasti ada diantara kita yang berduka dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan 2.0 (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Ramai yang terkesan
Sudah tentu ramai yang kembali terkesan disebabkan penularan pandemik ini sehingga ada yang kehilangan mata pencarian.
Jadi, hal tersebut membuatkan ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk mendapatkan sesuap nasi buat diri dan keluarga.
Tunggu pelanggan bawah lampu jalan
Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang lelaki warga emas berdiri dalam keadaan gelap untuk menjual barangan bundle di tepi jalan.
Difahamkan pakcik tersebut berdiri di kawasan Pasar Isnin dari siang sehingga malam tanpa berbekalkan lampu di tempatnya berniaga dan pakcik tersebut turut tidak mempunyai meja serta kerusi.